NADI Cybersecurity: Webinar Memahami Risiko Siber Dalam Permainan Online Anak

21 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 20 Jun 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Quop telah menyertai Program NADI X Cybersecurity iaitu Webinar Memahami Risiko Siber Dalam Permainan Online Anak yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi zoom-meeting. Seramai tiga orang peserta yang telah menyertai program webinar ini yang dijalankan selama satu jam tiga puluh minit iaitu bermula pada pukul 3.30 petang sehingga 5.00 petang.

Tujuan webinar seperti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang ancaman tersembunyi dalam permainan online mesra kanak-kanak pada masa kini. Antara topik-topik yang dibincangkan di dalam sesi tersebut adalah cara membongkar taktik permainan digunakan untuk mencuri maklumat dan memperdaya anak-anak, serta langkah perlindungan daripada ancaman digital.

Kami warga NADI berharap agar apa yang disampaikan di dalam webinar tersebut dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali